Langkau ke kandungan

Majlis Ihya’ Ramadan PMC Bersama Anak Yatim

Pada 26 Februari 2026, Putra Medical Centre (PMC) telah menganjurkan Majlis Ihya’ Ramadan dalam suasana yang penuh kemesraan dan keberkatan. Bukan sekadar sebuah majlis, hari itu menjadi ruang untuk kita berkongsi kegembiraan dan kasih sayang bersama mereka yang memerlukan.

Majlis ini lebih bermakna dengan kehadiran anak-anak daripada Rumah Anak Yatim Amal Solehah, Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah dan Pertubuhan Jagaan Kasih Anak Yatim dan Anak Asnaf. Suasana menjadi lebih ceria dengan senyuman dan gelak tawa anak-anak yang menceriakan setiap sudut majlis.

Dr. Mohamad Anuar bin Mohamad, Pakar Kardiologi Intervensi dan Perubatan Dalaman, turut beramah mesra dengan anak-anak yatim dan berkongsi tips penjagaan kesihatan, menjadikan majlis ini lebih bermakna dan penuh ilmu.

Bermula daripada agihan bubur lambuk hingga sesi beramah mesra, setiap detik terasa cukup sederhana tetapi penuh makna. Melihat kegembiraan di wajah anak-anak mengingatkan kita bahawa Ramadan adalah tentang berkongsi, mengambil berat dan menghadirkan sedikit kebahagiaan kepada orang lain.

Bagi kami di PMC, detik seperti ini sangat berharga kerana ia menghubungkan kami lebih dekat dengan komuniti. PMC bukan sekadar tempat mendapatkan rawatan, tetapi juga sebuah keluarga yang sentiasa berusaha memberi manfaat kepada masyarakat sekeliling.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini. Semoga semangat kebersamaan dan keprihatinan ini terus kekal sepanjang Ramadan dan seterusnya.

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Jun, 2026

Latihan Basic Life Support (BLS

Dalam situasi kecemasan, setiap saat amat bermakna. Di Putra Medical Centre (PMC), latihan Basic Life Support (BLS) dilaksanakan pada setiap bulan bagi memastikan semua warga kerja sentiasa bersedia…

Baca Lagi
Jun, 2026

Topmark Mergong, Kedah

Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap kesejahteraan masyarakat, Putra Medical Centre (PMC) telah menganjurkan program kesihatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di TopMark Mergong, bagi mendekatkan perkhidmatan saringan kesihatan…

Baca Lagi
Jun, 2026

Lee Motor Alor Setar

Putra Medical Centre (PMC) telah menganjurkan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Lee Motor, Alor Setar, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan PMC dalam meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan serta…

Baca Lagi
Jun, 2026

Surau Kg Sena, Kuala Nerang

Sempena Sambutan Awal Muharram 1448H di Surau Kampung Sena, Kuala Nerang, Putra Medical Centre (PMC) berpeluang mendekati komuniti setempat dengan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan asas kepada para pengunjung…

Baca Lagi
Jun, 2026

TNB Alor Setar

Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati menganjurkan program saringan kesihatan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di Tenaga Nasional Berhad (TNB) Alor Setar, dengan menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan asas kepada…

Baca Lagi
Jun, 2026

Lalita 9999 Group Supply (07)

Sebagai sebahagian daripada komitmen dalam menjaga kebajikan masyarakat, Putra Medical Centre (PMC), dengan kerjasama Lalita 9999 Group Supply, telah mengagihkan makanan kepada para pesakit yang sedang menerima rawatan…

Baca Lagi